Pages

Saturday, November 1, 2014

PON PON CINTAKU - Bab 2



PONNA Karisma Binti Parul Kim!” Panggil Cikgu Redo. Satu kelas tertawa mendengar namanya dipanggil. Ya, kerana nama itu dia sentiasa diejek. Dia sendiri tidak mengerti mengapa ayah memberinya nama begitu. Kata ayah nama itu bermaksud dalam bahasa india ‘sebuah pohon keajaiban’. Entahlah betul ke tak. Onna bangkit dan tunduk menuju ke tempat Cikgu Redo.

            “Diam semua. Jangan suka sangat mengejek orang”. Marah Cikgu Redo. Hilai tawa makin reda. Namun masih ada sedikit kedengaran di bahagian belakang dan pastinya dari kumpulan budak lelaki yang selalu mengejeknya. Onna lega Cikgu Redo membelanya. Dia tersenyum nipis.

            “Cikgu nak umumkan yang Ponna Karisma adalah pelajar yang mendapat keputusan terbaik untuk peperiksaan percubaan SPM baru-baru ni. Dia mendapat 8A 1B. Jadi cikgu nak kamu semua contohi dia. Usaha untuk dapatkan keputusan terbaik untuk peperiksaan SPM nanti.” Ucap Cikgu Redo. Onna rasa gembira bila Cikgu Redo menjadikan dia sebagai pelajar contoh dalam kelas. Namun pujian itu tidak membuatkan dia merasa bangga kerana masih jauh lagi perjalanan dan onak ranjau yang akan diharungi.

            “Karisma boleh balik ke tempat duduk ya. Kita akan sambung pelajaran kita”. Ucap Cikgu Redo. Hanya cikgu-cikgu saja memanggilnya ‘Karisma’. Macam pelakon Bollywood pulak. Karisma Kapoor!Ponna melangkah laju ke mejanya. Dia malas nak melihat wajah-wajah yang sering menjadikan dia bahan jenaka.

            “Pon..pon...pon..”Suara yang menyakitkan gegendang telinganya bergema lagi. Betapa panas hatinya. Namun dia cuba bersabar kerana rasa hormat pada Cikgu Redo. Dia hanya memekakkan telinga saja. Sanra di sebelahnya yang berusaha menggertak lelaki-lelaki di belakang mereka.

Pon...pon...ponnnn!Arghhh!!

            Onna meraup wajahnya mengingati kenangan di sekolah. Ada suka dan duka yang dilaluinya. Dia berharap semua itu akan segera berakhir apabila dia menyambung pelajaran di United Kingdom nanti. Insya Allah. Tak sabar rasanya nak menerima keputusan SPMnya nanti. Memang beginilah roda kehidupan. Bukan namanya pantai jika tak dilanda ombak, bukan juga namanya kehidupan jika tak dilanda badai dan dugaan. Semua itu bakal menjadikan kita lebih tabah dan matang dalam menjalani hidup.

            HARI yang dinanti-nantinya telah tiba. Akhirnya keputusan SPM akan diperolehinya. Entah berapa keputusannya nanti. Onna sudah sampai di hadapan sekolahnya. Sanra telah lama berada di sekolah. Ada getar di dadanya. Jantungnya berdebar-debar menuju ke pejabat sekolah. Di sana keputusan akan diserahkan nanti. Perlahan-lahan, Onna masuk ke dalam pejabat yang telah pun dipenuhi dengan para pelajar yang sibuk mengambil keputusan masing-masing.

            “Tahniah, Karisma!” Ucap Cikgu Redo dan beberapa orang guru yang turut mengajar kelasnya. Alhamdulillah! Itulah ucapan yang terpacul di bibir mungilnya. Wajahnya bersinar cahaya kegembiraan melihat keputusan 9A pada kertas kecil itu. Dia beredar dan meluru ke arah Sanra yang duduk di bangku hadapan bilik guru. Wajahnya kelihatan sedikit muram. Suasana sekolah begitu riuh dengan kehadiran para pelajar yang ingin mengambil keputusan SPM masing-masing.

            “Napa ni Ra?” Soal Onna sambil merapati Sanra. Bibir Sanra muncung. Lucu pulak dilihatnya.

   “Aku Cuma dapat 7A 2B je.”Jawab Sanra lesu. Onna tersenyum.

            “Okaylah tu. Banyak jugak A daripada langsung takda A kan. Kita ni kena bersyukur dengan apa yang kita dapat. Kau ni Ra. Aku ingatkan gagal ke apa tadi. Buat aku terkejutlah.” Onna menyentuh bahu Sanra. Bibirnya yang pula muncung sedepa. Sanra mula menguntum senyum. Dia angguk mungkin terfikir dengan kata-kata Onna.

            “Ponn...pon...ponnn...Ada kenderaan nak lalu”. Lelaki yang membuat dia menyampah hadir lagi. Wajah Ponna yang ceria tadi menjadi keruh. Lelaki tak guna ni lagi! Bisiknya geram. Onna mencebik.

            “Hai, ponn ponn..eh, silap. Ponna! Tahniah ya. Akhirnya kau berjaya juga jadi pelajar terbaik lagi. Lepas ni nak sambung di mana pulak?Mana tau boleh jumpa lagi..ha..ha..ha.”Lelaki itu tersengih dan terus tertawa terbahak-bahak. ‘Harap muka aje lawa tapi perangai macam syaitan. Tak abis-abis menganggu hidupku. Hina la puas-puas. Lepas ni kau takkan jumpa aku lagi!’ Bentak Ponna dalam hati. Dia mengetap bibirnya yang merah merekah.

            “Terima kasih aje lah, Qairaaz. Tak payahlah kau sibuk-sibuk nak tau aku nak sambung kat mana. Kalau kau ada pun hanya tau menyakitkan hati aje. Lepas ni aku harap tak jumpa kau lagi. Satu lagi, dari mana plak kau tahu keputusan aku ni, hah?” Marah Onna sambil berpeluk tubuh. Sengaja dia menekan nama lelaki yang digelar Qairaaz itu.Qairaaz masih tersengih. ‘Dia ni pekak ke apa?Macam nak makan penampar aje la jantan ni!Ponna menjerit dalam hati. Memandang lelaki itu saja membuatkan Ponna naik angin.

            “Adalah....okaylah...ponn..pon..ha..ha..ha..ha.”Jawab Qairaaz dan berlalu pergi dengan tawa yang memanjang. Onna mengenggam buku limanya dan ditumbuknya pada tapak tangannya. Geram betul dengan sikap lelaki yang tak pernah puas mengejeknya sejak mula dia berpindah ke situ dalam tingkatan 4. Sanra pun ikut menjeling tajam pada lelaki itu. Sedikit sebanyak dia juga benci dengan sikap Qairaaz yang suka menghina Ponna.

            “Dahlah, Onna! Tak payah layan sangat dia tu. Tak betul agaknya. Orang tak betul kalau dilayan makin menjadi-jadi. Nanti kita pula yang terikut-ikut senget.”Cebik Sanra jengkel dengan sikap Qairaaz. Onna memandang wajah Sanra. Wajahnya masih mendung. Malas dia hendak mengingati perbuatan lelaki gila tu. Buat dia turut gila juga.

            “Terima kasih, Sanra.” Ucapnya sambil tersenyum hambar. Sanra angguk. Onna memeluk bahu Sanra dan berjalan beriringan ke luar pagar sekolah.. Pelajar-pelajar yang mengunjungi sekolah silih berganti untuk mengambil keputusan SPM masing-masing.

            “Apa kata kita raikan kejayaan kita ni?”Cadang Sanra.

“Boleh juga tapi bukan hari ni ya. Ayah dan ibu nak bawa aku balik ke rumah Nek Oma hari ni. Ada jamuan dan bacaan doa selamat. Esok atau lusa ke macam tu, boleh?”Tawar Onna pula. Sanra angguk dan Onna pun menuju ke arah kereta yang dipandu oleh Pak Deris. Sanra membawa haluannya sendiri. Mungkin pemandunya juga menghantar tadi.        

Wednesday, October 29, 2014

PON PON CINTAKU - Bab 1

PON...pon...pon..” 

Bunyi hon dari basikal di belakangnya mengejutkan dia. Hon basikal pun mengalahkan hon lori. Gadis manis itu melajukan langkahnya. Wajahnya putih gebu kelihatan merah padam menahan geram. Sebolehnya dia ingin segera sampai ke rumah. Hanya tinggal beberapa meter sahaja lagi.


            “Pon..pon..pon!”Hon dari basikal itu sengaja dibunyikan lagi. Terdengar gelak ketawa dibelakangnya. Gadis itu berhenti melangkah. Dia menoleh dan menjeling tajam pada orang yang menganggunya sedari tadi, seorang lelaki muda sebayanya.


            “Hei! Kau nak apa, hah?”Gadis itu menjerit marah. Ternyata jeritan itu hanya menambahkan gelak tawa orang itu.


            “Woww...marahnya dia! Yang kau nak terasa tu kenapa? Aku bukan panggil kau pun. Aku cuma nak test hon basikal aku ni berfungsi ke tak.” Orang itu cuba mencari alasan diselangi dengan tawa yang memecah.


            “Eleh, macam aku tak tahu kau sengaja nak menghina aku kan? Aku tak pernah kacau hidup kau lah. Jadi, jangan ganggu hidup aku!”Marahnya lagi. Nafasnya berhembus laju umpama nafas naga yang berhembus api.


            “Aku peduli apa semua tu! Kau tu yang cepat perasan sebenarnya.”Jawab orang itu sambil ketawa terbahak-bahak.


Pon..pon..pon!


            “Aduhhh...tak guna punya perempuan!”. Batu-batu kecil singgah di kepala orang itu. Ternyata gadis itu sudah tidak sabar mendengar ejekan. Dia pantas berlari meninggalkan lelaki itu menahan kesakitan. Dia tertawa sendiri. Ada semacam kepuasan dalam hatinya. Padan mukanya. Revenge !


            Gadis itu melangkah menuju ke rumah banglo milik keluarganya. Ternyata banglo itu bak singgahsana yang tersergam indah. Ia dikelilingi pepohon renek yang kehijauan dan bebunga yang berwarna-warni. Halaman rumah itu dijaga rapi. Memang indah pemandangannya.


            “Onna...”Satu suara lembut menegurnya. Gadis itu tersenyum menghentikan langkahnya.   “Ibu rupanya...tak perasan pulak Onna ibu kat luar ni,”jawabnya perlahan. Ibunya, Puan Zulaikha Tee menghampiri. Selendang terletak cantik di rambutnya.Wanita itu tidaklah setua umurnya. Dia kelihatan lebih muda dari umurnya. Bibirnya sentiasa menguntum senyum menaikkan seri wajahnya. Mungkin juga kerana dia kacukan Melayu-Thailand. Dan pastinya anak-anaknya juga turut mewarisi kecantikannya ditambah dengan suaminya yang juga anak kacukan Melayu-India-Cina. 1Malaysia dah jadinya.


            “Onna dari mana nie? Tak bagitau ibu pun.”Soalnya sambil memeluk lembut bahu anak gadisnya. Gadis itu semakin meningkat dewasa. Begitu cepat masa berlalu. Anak yang dulu masih terasa kecil telah pun membesar di hadapan matanya. Dipandangnya anaknya itu. Wajah Ponna putih kuning langsat, bibirnya merah dan mempunyai sepasang mata yang bundar.‘Cantik sungguh anak ibu.’Hati kecilnya berbicara.


            “Maaf ibu. Onna pegi rumah Sanra tadi. Ibu kan hantar abang Adli ke airport. Ada perbincangan sikit nak sambung belajar kat mana lepas ni.” Gadis itu membiarkan ibunya memeluknya. Dia memang manja dengan ibunya. Maklumlah anak bongsu. Bibirnya menguntum senyum indah.


            “Yalah. Onna dah putuskan nak sambung belajar kat mana lepas ni?”Soal Puan Zulaikha lagi. Mereka duduk di bangku yang tersedia di halaman rumah.


            “Onna fikir nak sambung kat oversea la ibu. Kat UK ke...boleh kan ibu?”Dia merebahkan kepala ke bahu ibunya. Ibunya tersenyum. Terserlah kemesraan antara mereka,


   “Memang boleh tapi kenapa Onna tak sambung kat Malaysia saja. Kat sini pun melambak universiti tempatan kan.”Jawab ibunya. Ponna mengangkat kepalanya dan memandang wajah ibunya. Dahinya berkerut.


            “Ibu cakap betul tapi...Onna nak juga cari pengalaman kat tempat orang. Onna boleh tengok macamana budaya kat sana dan Onna juga boleh tambah pengetahuan baru.”Onna cuba menyakinkan ibunya. Ibunya hanya mengangguk. Onna memeluk lembut ibunya. Lama mereka berbual di halaman. Tidak lama kemudian, Onna meminta diri untuk naik ke biliknya. Ibunya angguk dan meneruskan rutinnya membelai pokok-pokok bunganya.


            Onna merebahkan tubuhnya ke katil empuk bercadar corak bunga tulip putih. Matanya menerawang ke atas siling bilik. Fikirannya melayang memikirkan sesuatu. Kadangkala dia tersenyum sendiri. Udara sejuk daripada penghawa dingin bilik membelai tubuhnya.


            “Onna, abg Fayyadh nak bagi bunga ni khas untuk Onna.”Onna menyambut sekuntum bunga seri pagi yang dihulurkan Fayyadh. Dia lihat Fayyadh memetik bunga itu di tepi pagar rumahnya.“Buat apa dengan bunga ni?”Onna kebingungan.


“Bunga ni bermaksud abang Fayyadh sayang dengan Onna.Nanti bila kita dah besar, abang Fayyadh nak kahwin dengan Onna.”Jelas Fayyadh yang ketika itu baru berumur 12 tahun. Onna pula baru berumur 9 tahun.


“Ish...apala abang Fayyadh ni. Tak malu ke. Kita kan masih budak-budak lagi. Mana boleh sayang-sayang. Belajar pun tak abis.”Tukas Onna yang bertocang dua. Dilemparnya bunga itu jauh-jauh. Terbeliak mata Fayyadh. Dia bukannya tak suka pada Fayyadh cuma dia masih budak-budak. Belum ada perasaan cinta yang hadir.


“Onna...sampai hati Onna buang bunga yang abang bagi. Tak mahu kawan Onna lagi.”Marah Fayyadh sambil berpeluk tubuh. Ponna mencebik.


“Tak nak kawan sudahlah.”Balas Onna menjelirkan lidahnya dan terus berlari masuk ke rumah. Sebenarnya Onna berselindung di sebalik pintu melihat Fayyadh. Dia juga suka Fayyadh berkata begitu tapi dalam usia yang masih hijau mana mungkin mereka akan bercinta. Biasalah budak-budak kadangkala tak boleh tengok orang cantik atau kacak, pasti jadi rebutan.


Selepas itu, Fayyadh tidak pernah lagi datang ke rumahnya. Betul-betul merajuk agaknya. Abang Fayyadh!Telah lama nama itu tidak meniti di bibirnya.Benarkah abang Fayyadh sayang padanya?Masih adakah sayang untuknya lagi?Lucu juga pabila terkenang zaman kanak-kanak. Sememangnya dia rindu pada Fayyadh. Itulah teman sepermainannya biarpun mereka berbeza usia.


‘Bagaimana agaknya abang Fayyadh sekarang?Mesti bertambah segak dan tampan.’Onna berbisik sendirian sambil memegang dagunya. Akhirnya dia tertawa sendiri. Cinta?Entahlah. Tak mungkin zaman kanak-kanak dia sudah mengenal cinta. Cinta monyet agaknya!


Onna bangun mencapai tuala mandinya dan terus ke kamar mandi. Hari sudah petang benar. Bunyi camar pulang ke sarang juga kedengaran. Begitulah jika rumah berhampiran laut. Suara ombak memecah pantai menjadi irama alam yang mengasyikkan. Syahdu dan mendamaikan. Selesai mandi, Ponna segera menyarungkan pakaiannya. Dia hanya mengenakan pyjama bercorak kartun Frozen yang menjadi kegemarannya. Seketika Onna mula melangkah turun ke tingkat bawah rumahnya.


Dia melihat ayahnya duduk di sofa sambil menonton tv. Ibunya pula tidak kelihatan. Mungkin ada di ruang dapur bersama Bik Tati. Ponna pantas menuju ke dapur. Memang tepat tekaannya.


“Anak ibu dah turun. Dah, tunggu aje kat dalam dengan ayah tu. Nanti dah siap, ibu panggil.”Tegur ibunya sambil memotong sayuran. Bik Tati turut membantu. Sememangnya ibu tidak membenarkan orang gaji yang menyediakan makanan. Dia lebih suka menyediakan sendiri dari air tangannya untuk keluarga.


“Takpelah, ibu. Mana tahu Onna boleh bantu-bantu. Onna kan perempuan kena juga tahu serba sikit hal dapur ni.Nanti kahwin senanglah.Onna nak juga masak untuk suami dan anak-anak Onna”Jawab Onna panjang lebar. Ibunya tersenyum simpul.


“Amboi...dah nak kahwin ke?Belajar tak abis lagi. Tapi kalau ada calon boleh bagitahu ibu. Senang urusan nanti.”Usik ibunya. Onna tersengih macam kerang busuk.


“Belum adalah, ibu. Awal lagi. Tapi kalau dah jodoh Onna datang awal, terima sajalah. Betul tak, Bik Tati?”Sengaja Onna mengusik pula ibunya. Ibunya menggeleng sambil tersenyum. Bik Tati hanya ketawa mendengar telatah Onna.


“Dah, masuk ke dalam aje. Kacau aje orang nak masak. Nanti bukan nak siap masakan ni kalau dah layan Onna tu.”Omel ibunya. Onna ketawa mendengar bebelan ibunya dan terus masuk ke dalam. Ayahnya begitu kusyuk menonton rancangan tv. Malas Onna hendak menganggu ayahnya.


Onna melabuhkan punggungnya ke kerusi kayu di balkoni luar rumahnya. Dia memandang langit yang gelap. Hanya ada sebutir dua bintang malam itu. Rembulan masih tidak menampakkan cahaya. Angin dingin malam berpuput lembut menyapu wajahnya. Subhanallah!Indahnya suasana malam. Memang mengasyikkan. Rambutnya yang ikal dan panjang terbuai-buai ditampar angin malam.


Fikirannya menerawang lagi mengingati Fayyadh. Entah mengapa dia selalu teringatkan lelaki itu sejak akhir-akhir ini. Mungkinkah kerana dirinya yang sudah meningkat remaja. Hatinya begitu mendambakan kasih dan cinta seorang lelaki. ‘Ah!Perjalanan masih jauh perlu ditempuh. Lebih baik mengejar cita-cita daripada cinta. Suatu saat nanti cinta akan datang sendiri.’Bisiknya sendiri.


“Onna, mari makan. Jangan lama-lama berembun dekat luar tu. Tak baik. Nanti demam pulak”Panggil ibunya dari dalam. 


"Yalah, ibu."Onna terus bangkit menuju ke ruang makan. Mereka menikmati makan malam bersama-sama.