BAB 3
LUSANYA, Onna menepati
juga janjinya dengan Sanra untuk meraikan kejayaan mereka dalam SPM. Sanra
meminta supirnya,Pak Man menghantar mereka. Sanra meminta Pak Man pulang
dahulu. Mulanya mereka ke Secret Recipe
untuk mengisi perut. Tidak lama kemudian barulah mereka pergi ke shopping complex untuk menghibur hati.
Puas mereka window shopping dan
meninjau-ninjau dari satu butik ke butik yang lain di sekitar shopping complex itu. Setelah penat,
barulah mereka duduk di tepi bangunan melepas lelah.
“Hai, Ponna, Sanra.Korang pun
lepak-lepak kat sini. Tak baik anak dara melepak kat tempat macam ni.”Sapa satu
suara. Onna dan Sanra mencebik bibir. Menyampah!
“Kau tak payah sibuklah, Qairaaz.
Bukan urusan kau. Suka hati kamilah nak lepak ke nak tidur kat sini ke!”Marah
Sanra pada Qairaaz seraya memalingkan wajah dari memandang wajah Qairaaz. Tak
boleh tengok orang senang!Omel Onna sambil merenung tajam pada Qairaaz. Qairaaz
tersengih pabila direnung begitu. Dia mengenyit mata pada Onna. Onna
mencemikkan wajahnya.
“Janganlah marah adik manis. Nanti
cepat tua. Takde orang nak.”Perli Qairaaz.
“Kau peduli
apa!Dahlah..Mari kita pergi dari sini Sanra daripada layan orang tak betul
ni!”Gerutu Onna sambil mengheret Sanra pergi meninggalkan Qairaaz yang
tersenyum sendiri.
‘Entahlah di
mana-mana saja ada mukanya. Nak jadi ekor orang agaknya.’Onna menyumpah dalam
hati.
Onna sempat
menoleh ke belakang. Sangkanya Qairaaz sudah berlalu. Tak sangka Qairaaz masih
memandangnya sambil melambai-lambai mesra kepadanya. Qairaaz tersengih.Terbeliak
mata Onna.Cepat-cepat Ponna berpaling.Dubb!Jantungnya berdebar. Gila!Kenapa
pula aku nak tengok orang tak betul tu.’Bisik Onna sendiri. Onna masih memegang
dadanya. Mujur Sanra tak perasan. Seketika dia menghela nafas lega.
Mereka melangkah ke taman tasik yang
tidak jauh dari kompleks membeli belah tadi. Taman tasik ini berkonsepkan
ciri-ciri moden namun masih mengekalkan kehijauan alam. Tasiknya berkeluasan sederhana
dan ada kolam air pancut di tengah-tengahnya. Sekelilingnya dipenuhi dengan
tumbuh-tumbuhan hijau tropika dan pohon-pohon besar yang rendang. Kiri kanan
dipenuhi dengan orang ramai yang bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan.
Memang taman ini cukup popular.
Suasananya
amat mendamaikan jiwa. Onna dan Sanra melabuhkan punggung di atas bangku kosong
di hadapan tasik.Pandangan mereka dihalakan pada kolam air pancut yang sentiasa
bertukar-tukar animasinya.
“Onna, macamana dengan tawaran
belajar kau kat UK tu?”Soal Sanra sambil mengusap-usap rambutnya yang separas
bahu. Onna yang tadinya leka bermain game
di telefon bimbitnya terus memandang Sanra.
“Ayah aku dah tolong uruskan. Kau
macamana Ra?Jadi ke kau nak ikut aku ke UK juga?”Onna meletakkan telefon
bimbitnya ke poket tepi beg sandangnya.
“Aku tak pasti la, Onna. Mama dan
papa nak aku sambung ke Melbourne ambik kursus perubatan kat sana.Lagipun Uncle aku ada kat sana. Senang nak
tengok-tengokkan aku.”Wajah Sanra keruh. Onna juga merasakannya.
“Nampaknya kita terpaksa berpisah
selepas ni.Aku ingatkan ada kawan nanti nak sambung belajar sama-sama.”Ucap Onna
sedih. Sanra memeluk bahunya. Cuba untuk menenangkan Onna.Persahabatan mereka
begitu erat. Kesedihan terpancar pada raut wajah kedua-dua gadis itu. Walaupun
Sanra berlainan agama dengannya namun itu tidak menghalang mereka untuk
menjalin persahabatan. Wajah Sanra lebih kepada Pan-Asian. Berkulit putih
kemerahan, hidung mancung dan matanya agak sepet. Ayahnya berbangsa Cina dan
ibunya berasal dari Australia. Memang cantik orangnya.
ONNA
menekan-nekan remote TV mencari
rancangan yang menarik namun tiada satu siaran pun yang diminatinya. Akhirnya,
dia tekan sahaja butang ‘Off’ pada remote.
Ibu dan ayahnya tiada di rumah. Hanya dia dan Bik Tati saja. Dia menyandarkan
tubuhnya ke sofa empuk. Rasa bosan mula menerjahnya. Nafasnya dihembus
perlahan. Menyesal juga dia tak ikut ibunya tadi. ‘Nak buat apa sekarang ni?Hari
pun dah petang.Baik aku jalan-jalan kat luar kejap.’Bisiknya.
Tanpa membuang masa, Onna pantas
bangkit dan menuju ke luar rumah. Matanya melilau-lilau memandang persekitaran
banglo-banglo yang jauh sedikit dari rumahnya. Dia tak pernah kenal jiran tetangganya
sejak mereka pindah ke situ dua tahun lalu. Hanya Sanra sahaja yang dikenalinya
dan kebetulan mereka sekelas.
Dia mula
mengimbas kenangan semasa di rumah lama dulu. Rumah lamanya terletak di
perumahan teres dua tingkat. Cuma ada 3 bilik sahaja. Namun cukup selesa
dirasakan.Entah mengapa ayahnya ingin berpindah ke rumah banglo ini. Mungkin
ayahnya ingin melupakan kenangan pahit mereka.
Onna bersyukur kerana dia membesar
dengan serba cukup. Mereka diberi kemewahan tapi ayah dan ibu mendidik mereka
agar bersederhana. Kadangkala dia rindu dengan kakaknya, Ponni Kencana. Allah
lebih menyayangi kakaknya. Kini, hanya tinggal dia dan abangnya, Padli Kareef. Pandangan
matanya sudah berkaca. ‘Kak Onni!’Luah Onna sebak. Masih terngiang-ngiang di
ingatan kata-kata terakhir kakaknya.
“Onna sayang, jaga diri adik baik-baik
ya. Kak Onni sayangkan Onna. Jangan nakal-nakal. Dengar cakap ibu dan ayah. Kakak
dah nak pergi jauh.”Sinar mata kakaknya begitu sayu. Wajahnya juga kelihatan
berseri-seri. Onna merasa pelik. Tapi, tak terlintas di fikirannya itulah
pesanan akhir kakaknya itu.
“Kakak nak pergi mana?”Soal Ponna
hairan. Tiada jawapan.Kakaknya hanya tersenyum sambil memeluk erat tubuhnya.
Itulah pelukan terakhir daripada kakaknya. Kehangatan kasih seorang kakak untuknya.
Airmata Onna meluncur laju. Sebak pabila mengingati kakak kesayangannya.
Kehilangan orang tersayang amat menyakitkan. Lama Onna menangis di laman
rumahnya. Perasaan hiba begitu mencengkam jiwanya.
‘Kak Onni,
Onna rindukan kakak. Kenapa kak tinggalkan Onna?’
“Onna...”Lamunannya mati pabila
namanya dipanggil lembut. Cepat-cepat dia menyeka airmatanya. Dia menoleh ke
belakang.
“Ibu...ibu dah balik. Tak perasan
pula, Onna.”Dia mendapatkan ibunya. Berkerut dahi ibunya.
“Onna rindukan
kak Onni, ibu. Onna rindu saat-saat bersama kak Onni. Mengapa terlalu awal kak
Onni pergi?”Ibunya, Puan Zulaikha cuba menahan sebak di dada. Terasa dadanya
seperti hendak meletup. Tipulah jika dia tidak terasa dengan kehilangan anaknya
itu. Anak yang sudah dikandungnya selama sembilan bulan sepuluh hari.
“Allah lebih
menyayangi kak Onni, sayang.”Puan Zulaikha juga amat merindukan anaknya yang
satu itu. Onni memang seorang anak yang baik. Cuma umurnya tak panjang.Ibunya
memeluk Onna erat. Ada airmata yang bertakung di tubir mata tuanya. Mata Ponna
juga masih merah menahan tangis.
“Dah lama
kita tak jenguk kubur kak Onni.”Onna melepas resah di dada. Airmatanya masih
laju mengalir.
“Nanti kita
ziarah kubur kak Onni ya sayang. Dah, mari masuk. Tak lama lagi maghrib.”Onna
akur. Disekanya airmata yang masih mengalir. Dia mengekorinya ibunya masuk ke
rumah. Puan Zulaikha segera menyeka airmatanya yang hampir luruh. Dia tidak
mahu Onna melihat kesedihannya. Dia perlu kuat demi anak-anaknya.
Tuan Parul
sudah lama lenyap ke dalam rumah. Onna tahu ayahnya juga tidak sanggup
mengenangkan kakaknya. Kakaknya itu begitu rapat dengan ayahnya. Ayahnya yang
lebih terkesan dengan kehilangan itu. Perasaan sakit itu begitu menghimpit
dada. Onna sentiasa menghadiahkan doa buat kakaknya. Hanya itu yang termampu
diberikan saat ini.
‘Moga Kak
Onni tenang di sana.’