Pages

Tuesday, October 20, 2015

PON PON CINTAKU - BAB 3

BAB 3 

LUSANYA, Onna menepati juga janjinya dengan Sanra untuk meraikan kejayaan mereka dalam SPM. Sanra meminta supirnya,Pak Man menghantar mereka. Sanra meminta Pak Man pulang dahulu. Mulanya mereka ke Secret Recipe untuk mengisi perut. Tidak lama kemudian barulah mereka pergi ke shopping complex untuk menghibur hati. Puas mereka window shopping dan meninjau-ninjau dari satu butik ke butik yang lain di sekitar shopping complex itu. Setelah penat, barulah mereka duduk di tepi bangunan melepas lelah.

            “Hai, Ponna, Sanra.Korang pun lepak-lepak kat sini. Tak baik anak dara melepak kat tempat macam ni.”Sapa satu suara. Onna dan Sanra mencebik bibir. Menyampah!

            “Kau tak payah sibuklah, Qairaaz. Bukan urusan kau. Suka hati kamilah nak lepak ke nak tidur kat sini ke!”Marah Sanra pada Qairaaz seraya memalingkan wajah dari memandang wajah Qairaaz. Tak boleh tengok orang senang!Omel Onna sambil merenung tajam pada Qairaaz. Qairaaz tersengih pabila direnung begitu. Dia mengenyit mata pada Onna. Onna mencemikkan wajahnya.

            “Janganlah marah adik manis. Nanti cepat tua. Takde orang nak.”Perli Qairaaz.

“Kau peduli apa!Dahlah..Mari kita pergi dari sini Sanra daripada layan orang tak betul ni!”Gerutu Onna sambil mengheret Sanra pergi meninggalkan Qairaaz yang tersenyum sendiri.

‘Entahlah di mana-mana saja ada mukanya. Nak jadi ekor orang agaknya.’Onna menyumpah dalam hati.

Onna sempat menoleh ke belakang. Sangkanya Qairaaz sudah berlalu. Tak sangka Qairaaz masih memandangnya sambil melambai-lambai mesra kepadanya. Qairaaz tersengih.Terbeliak mata Onna.Cepat-cepat Ponna berpaling.Dubb!Jantungnya berdebar. Gila!Kenapa pula aku nak tengok orang tak betul tu.’Bisik Onna sendiri. Onna masih memegang dadanya. Mujur Sanra tak perasan. Seketika dia menghela nafas lega.

            Mereka melangkah ke taman tasik yang tidak jauh dari kompleks membeli belah tadi. Taman tasik ini berkonsepkan ciri-ciri moden namun masih mengekalkan kehijauan alam. Tasiknya berkeluasan sederhana dan ada kolam air pancut di tengah-tengahnya. Sekelilingnya dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau tropika dan pohon-pohon besar yang rendang. Kiri kanan dipenuhi dengan orang ramai yang bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan. Memang taman ini cukup popular.

Suasananya amat mendamaikan jiwa. Onna dan Sanra melabuhkan punggung di atas bangku kosong di hadapan tasik.Pandangan mereka dihalakan pada kolam air pancut yang sentiasa bertukar-tukar animasinya.

            “Onna, macamana dengan tawaran belajar kau kat UK tu?”Soal Sanra sambil mengusap-usap rambutnya yang separas bahu. Onna yang tadinya leka bermain game di telefon bimbitnya terus memandang Sanra.

            “Ayah aku dah tolong uruskan. Kau macamana Ra?Jadi ke kau nak ikut aku ke UK juga?”Onna meletakkan telefon bimbitnya ke poket tepi beg sandangnya.

            “Aku tak pasti la, Onna. Mama dan papa nak aku sambung ke Melbourne ambik kursus perubatan kat sana.Lagipun Uncle aku ada kat sana. Senang nak tengok-tengokkan aku.”Wajah Sanra keruh. Onna juga merasakannya.

            “Nampaknya kita terpaksa berpisah selepas ni.Aku ingatkan ada kawan nanti nak sambung belajar sama-sama.”Ucap Onna sedih. Sanra memeluk bahunya. Cuba untuk menenangkan Onna.Persahabatan mereka begitu erat. Kesedihan terpancar pada raut wajah kedua-dua gadis itu. Walaupun Sanra berlainan agama dengannya namun itu tidak menghalang mereka untuk menjalin persahabatan. Wajah Sanra lebih kepada Pan-Asian. Berkulit putih kemerahan, hidung mancung dan matanya agak sepet. Ayahnya berbangsa Cina dan ibunya berasal dari Australia. Memang cantik orangnya.

            ONNA menekan-nekan remote TV mencari rancangan yang menarik namun tiada satu siaran pun yang diminatinya. Akhirnya, dia tekan sahaja butang ‘Off’ pada remote. Ibu dan ayahnya tiada di rumah. Hanya dia dan Bik Tati saja. Dia menyandarkan tubuhnya ke sofa empuk. Rasa bosan mula menerjahnya. Nafasnya dihembus perlahan. Menyesal juga dia tak ikut ibunya tadi. ‘Nak buat apa sekarang ni?Hari pun dah petang.Baik aku jalan-jalan kat luar kejap.’Bisiknya.

            Tanpa membuang masa, Onna pantas bangkit dan menuju ke luar rumah. Matanya melilau-lilau memandang persekitaran banglo-banglo yang jauh sedikit dari rumahnya. Dia tak pernah kenal jiran tetangganya sejak mereka pindah ke situ dua tahun lalu. Hanya Sanra sahaja yang dikenalinya dan kebetulan mereka sekelas.

Dia mula mengimbas kenangan semasa di rumah lama dulu. Rumah lamanya terletak di perumahan teres dua tingkat. Cuma ada 3 bilik sahaja. Namun cukup selesa dirasakan.Entah mengapa ayahnya ingin berpindah ke rumah banglo ini. Mungkin ayahnya ingin melupakan kenangan pahit mereka.

            Onna bersyukur kerana dia membesar dengan serba cukup. Mereka diberi kemewahan tapi ayah dan ibu mendidik mereka agar bersederhana. Kadangkala dia rindu dengan kakaknya, Ponni Kencana. Allah lebih menyayangi kakaknya. Kini, hanya tinggal dia dan abangnya, Padli Kareef. Pandangan matanya sudah berkaca. ‘Kak Onni!’Luah Onna sebak. Masih terngiang-ngiang di ingatan kata-kata terakhir kakaknya.

            “Onna sayang, jaga diri adik baik-baik ya. Kak Onni sayangkan Onna. Jangan nakal-nakal. Dengar cakap ibu dan ayah. Kakak dah nak pergi jauh.”Sinar mata kakaknya begitu sayu. Wajahnya juga kelihatan berseri-seri. Onna merasa pelik. Tapi, tak terlintas di fikirannya itulah pesanan akhir kakaknya itu.

            “Kakak nak pergi mana?”Soal Ponna hairan. Tiada jawapan.Kakaknya hanya tersenyum sambil memeluk erat tubuhnya. Itulah pelukan terakhir daripada kakaknya. Kehangatan kasih seorang kakak untuknya. Airmata Onna meluncur laju. Sebak pabila mengingati kakak kesayangannya. Kehilangan orang tersayang amat menyakitkan. Lama Onna menangis di laman rumahnya. Perasaan hiba begitu mencengkam jiwanya.

‘Kak Onni, Onna rindukan kakak. Kenapa kak tinggalkan Onna?’

            “Onna...”Lamunannya mati pabila namanya dipanggil lembut. Cepat-cepat dia menyeka airmatanya. Dia menoleh ke belakang.

            “Ibu...ibu dah balik. Tak perasan pula, Onna.”Dia mendapatkan ibunya. Berkerut dahi ibunya.

“Kenapa bersedih sayang?”Tanya ibunya pabila melihat ada kesedihan yang terpamer pada raut wajah Onna. Dia memandang ibunya dengan mata yang berkaca.

“Onna rindukan kak Onni, ibu. Onna rindu saat-saat bersama kak Onni. Mengapa terlalu awal kak Onni pergi?”Ibunya, Puan Zulaikha cuba menahan sebak di dada. Terasa dadanya seperti hendak meletup. Tipulah jika dia tidak terasa dengan kehilangan anaknya itu. Anak yang sudah dikandungnya selama sembilan bulan sepuluh hari.

“Allah lebih menyayangi kak Onni, sayang.”Puan Zulaikha juga amat merindukan anaknya yang satu itu. Onni memang seorang anak yang baik. Cuma umurnya tak panjang.Ibunya memeluk Onna erat. Ada airmata yang bertakung di tubir mata tuanya. Mata Ponna juga masih merah menahan tangis.
“Dah lama kita tak jenguk kubur kak Onni.”Onna melepas resah di dada. Airmatanya masih laju mengalir.

“Nanti kita ziarah kubur kak Onni ya sayang. Dah, mari masuk. Tak lama lagi maghrib.”Onna akur. Disekanya airmata yang masih mengalir. Dia mengekorinya ibunya masuk ke rumah. Puan Zulaikha segera menyeka airmatanya yang hampir luruh. Dia tidak mahu Onna melihat kesedihannya. Dia perlu kuat demi anak-anaknya.

Tuan Parul sudah lama lenyap ke dalam rumah. Onna tahu ayahnya juga tidak sanggup mengenangkan kakaknya. Kakaknya itu begitu rapat dengan ayahnya. Ayahnya yang lebih terkesan dengan kehilangan itu. Perasaan sakit itu begitu menghimpit dada. Onna sentiasa menghadiahkan doa buat kakaknya. Hanya itu yang termampu diberikan saat ini.

‘Moga Kak Onni tenang di sana.’


1 comment: